Thursday, July 30, 2009

DESIOMAN

DESIOMAN? Apa tu? Jenama kasut setaraf Nine West atau jenama baju keluaran terbaru setaraf Loius Vuitton? Bukan bukan. Ia lebih hebat daripada tu. HAHA. DESIOMAN ni sebenarnya nama clique yang bakal mengegarkan seluruh dunia dengan aura yang tak berapa nak power. wth. Ok desioman (font tukar kecik sebab tak nak berlagak dengan font besar.) ada 5 member je. Bukan 9 macam girl generation (gee gee gee baby baby baby) mahupun super junior (syorry syorry syorry) tapi kami juga bukanlah group seperti wonder girl ( i want nobody nobody but chu!) yang tahu menyanyi dan berdansa. HAHA ok ok jangan klik butang merah di sebelah kanan anda. Teruskan membaca untuk menjaga hati saya. What the.. Ok sampai mana tadi? Haa ok ada 5 member dan the leader adalah Fatin Aqilah! Macam kenal nama tu. Mesti kiut budak ni. Leader kott. Jangan main main. Ni mesti bagus, gemilang, terbilang. Tengok nama dia pun dah sangat indah. Apa yang nak hairan sangat.

Manusia A : "Aku suka budak tu" (penuh mengharap)
Manusia B : "Eh, aku pun suka!"(sangat teruja)
Manusia C : "Jom lah kita berkawan dengan dia!!"(lebih teruja daripada sangat teruja)

HAHA. Ok ok. Jangan maki aku. Lagi sekali, jangan klik butang merah. Teruskan pengembaraan anda. Masih jauh perjalanan. Ada 12 stage lagi nak lawan big boss. SUDAH FATIN JANGAN BANYAK MENCARUT. Ok sambung balik. I'm not the leader pun. Act takde leader pun sebenarnya. Its just for suka suka. Nama pun dah bespren so, nak nampak lebih kebesprenan wujudlah nama clique kami, DESIOMAN. Eh tadi bukan kata nak bagitahu nama member member ke? Sabar ye pembaca sekalian. Introduction tak habis lagi. Nama pencipta sebenar desioman tak dapat dikenal pasti (perkara ini telah dirujuk dengan Pika. Siapa Pika? Ok nanti kita berkenalan.) Macam mana nak sebut desioman? Sebut je la macam biasa. The Siuman. Easy ha?
"Ok next question pleaseee. Oh di sana yang pakai baju merah tudung biru spek macam harry potter silakan dengan soalan panas anda."
"Since bila desioman ni ditubuhkan?"
"Desioman ni mula ditubuhkan masa kelas studio PART 2 ganti waktu malam tengah hujan lebat dan semuanya macam orang batak (maaf bahasa sedikit kasar) tengok hujan yang sangat lebat sambil menjerit bahasa yang tak difahami dan salah seorang dari kami mengatakan 'heyy memang tak siuman budak budak ni'. Dari situ mulanya kami cipta nama itu."
Ok tamat rancangan BERSAMAKU.

Oraitt sekaranglah tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para pembaca. Eh jangan tolak tolak, baca ikut turn yee (bajet macam ramai la yang baca blog ni?? wth.) Sekarang saya nak memperkenalkan VVIP desioman :


Nama : Fatin Aqilah Bt. Abd. Jalil (fatenn)

Characteristics : comel, baik, cemerlang, terpuji, rajin (HAHA suka hati aku laa)

fatenn : "ada aku kesah?" (semua orang akan sayang saya bila saya cakap benda ni)


Nama : Nur Shahrina Bt. Md Puzi (eyna)

Characteristics : paling lucu (ami cakap), paling gila, suka melatah sebut bahasa rahsia, PALING RAJIN (apasal ina semua ada PALING????)

eyna : "apechalehxlasvksvjbvzm!" (bahasa rahsia. tanya eyna kalau nak tau)


Nama : Ain Syafikah Bt. Mohd Zaini (ain ke pika ke same je..)

Characteristics : gila, bajet lembut, gelak gedik (HAHA), driver :)

pika : "saya paling lembut antara semua" (statement~)



Nama : Shariffah Naemah Idid (nayema)

Characteristics : pendiam (dia bukan pendiam tapi dia malas nak cakap), suka tidur, pandai lukis.

nayema : "heii.. heiii, heiiiiiiii!" (dia suka jerit benda ni. jangan tanya kenapa)


Nama : Ami Zizaieleen Bt. Jamil (yemmi)

Characteristics : gelak macam setan, cepat touching, KUAT MAKAN, dia macam lelaki (bak kata pika)

ami : "aku kan JANTAN" (husihh sangat kontroversi)

Yeahh inilah kami. Cuba kira. Cukup 5 kan? Yaa semua sekali 5 orang. Tak kurang tak lebih. Dah berkenalan? Baguss. Semua ni ahli tetap club tak rasmi ni. Jangan cuba mendaftar kerana tiada kaunter pendaftaran (soalan : ada ke yang nak mendaftar? jawapan : ...), dan jangan cuba mengutuk kerana setiap manusia yang tercipta tak semuanya sempurna. Ok ok saya tau ramai yang dah tau. Saja nak ingat kan sebab tak semua orang suka kat kita. Macam kita, tak semua orang kita suka. Just be yourself okeyy? Again, thnks sebab spend masa emas anda untuk membaca blog bosan ini. Saya SUKA. :')

Wednesday, July 29, 2009

Its my 1st time writing a blog! Yay!

Yay! Macam tajuk di atas akhirnya saya sedang menulis blog dan blog ini dinamakan Fatin Aqilah. Oh my, so sweet. Nama sendiri sememangnya indah. Lebih indah bila dia dijadikan sebagai nama blog. HAHA. wtf. OK, truly saya sangat GEMBIRA (font wajib besar) sebab akhirnya impian nak buat blog tercapai juga. (apasal ayat macam susah sangat nak buat blog padahal sign up dan anda terus boleh berblogging). Nama pun 1st time mesti entri sangat bosan, dull and of course syok sendiri. Tapi jika anda terus support blog ini mesti dia akan membesar dengan gagah dan gemilang. Urm, banyak benda nak cerita but as the beginning ini kira ok laa. :) Exited buat blog tapi 99% CONFIRM tak sampai 10 orang yang akan baca blog ni. Never mind lah. Oh ya, thanks kepada sesiapa yang sudi membaca entri ini. :') Yeah, it's quite boring baca benda yang saya bebel but saya SUKA bila anda baca benda bosan ni. Tepuk tepuk sebagai penghargaan. OK stop membebel. Ada banyak assigment nak kena buat. Sumpah malas! Tapi nak kena buat juga kalau nak DEKAN. wtf. OK bye bye for now. :)