Thursday, December 17, 2009

Dilemma

Sekarang ni kecoh dekat Mukabuku pasal budak part 3 boleh naik degree.
Apa kejadahnya semua ini?
Kenapa tiba tiba ada procedur macam ni?
Kenapa part 3 weh?
Kenapa?? Kenapa?? Kenapa???

Before ada permohonan ni, student student yang layak mohon patut didedahkan sikit macam mana sistem pembelajaran kat sana. Apa different diploma dengan degree? Apa kelebihan dan kekurangannya kalau kita ambil peluang ni? Bila semua tu dah jelas depan mata baru la student yang layak mohon ni boleh buat keputusan dengan bijak. Tapi bila semuanya samar macam ni memang la bagi masa berapa lama pun still akan ada persoalan "nak pergi ke tak nak? kalau tak lepas macam mana? tak kan nak kahwin terus?" ok dialog cipta.

Sekarang ni aku ada lagi berapa hari nak decide sama ada nak pergi atau tak. Dengar macam heaven je.
"Save masa 1 tahun setengah kalau kau terima tawaran ni."
"Haa dah la kat shah alam je. Dekat je dengan rumah kau kan best?"
"Peluang bukan selalu ada why not kalau kau cuba."
Adoiiyai sumpah la aku dilemma sekarang nii.


"Cuti ni kau buat apa je do?"
"Aku buang masa je. Guling guling atas katil sambil buat marathon drama You're Beautiful."

Tuesday, December 15, 2009

Oh, Tahniah!

Hehehe.
Begitu gembira aku nak memulakan blog ini
Hehehehe...
Hehehehe..
Hehehe..
Ok ok stop it. Annoying la gila.

Hahahaha. Rasa macam tak nak berhenti ketawa.
Hahahahahaha.
Ok stop.


Well,
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku tahu tidak sia sia kita bertawakal kepada-Nya.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana aku tahu Dia sentiasa bersama kita.
Bersyukur ke hadrat Illahi kerana kehendak-Nya aku berjaya!
Yay!
:D


Saya suka awak ok? ^______^

Saturday, November 21, 2009

Lepas Sekolah

Ok sempena cuti sekolah ni, oh tak.. sempena cuti sem ni, banyak jemputan kenduri kendara dari sedara mara mahupun sahabat handai. Sampai kadang kadang tu tak tahu nak pergi yang mana satu. Last last pilihan dibuat berdasarkan kad jemputan kahwin mana yang paling cantik so, tempat itu akan diserbu dengan kemungkinan besar, "kenduri ni mesti lagi grand dengan adanya kad jemputan yang sangat gorgeous." Ok situasi ni semuanya cipta.
Sebenarnya aku bukan nak cerita pasal kenduri kendara segala, tapi aku nak bagitahu yang I just found the super duper hot new group in korea! (bagi aku laa) Group ni diberi nama cikebum cikebum. Ceh, tak ah. Bila tulis 'diberi nama' teringat lagu entah-apa-tajuk yang selalu aku nyanyi time kecik kecik dulu. GAGAGA. Ok, ok serius sekarang. Nama group ni AFTER SCHOOL. Group ni mempunyai 7 orang member yang sangat pretty-hot-gorgeous. After School (AS) baru sahaja diperkenalkan awal Januari 2009 dan sangat popular dengan first single mereka AH dan yang paling baru DIVA dan Dream Girl. (promote promote)

Tak bestlah kalau cerita cerita tak tunjuk gambar. Tak kan nak suruh korang buat research macam nak buat concept development pulakk.

Dan inilah mereka.


Aku sebenarnya tak berapa nak kenal diorang ni lagi so, nak nama kan satu satu tu harap maaflah sebab kalau salah inform aku jugak yang malu. HAHA.

Ok bawah ni aku bagi profiles semua member group AS so lepas ni tak payah lah korang susah susah buka wikipedia nak usha biodata awek awek gorgeous ni.

Park Kahi (박가희)
Birth name: Park Ji-young
Date of birth: December 25, 1980 (1980-12-25) (age 28)
Position: Leader, Vocalist, Rapper
Other Works
Former member of Korean-American pop group S.Blush
Former back up dancer for many artists under
SM Entertainment and YG Entertainment
Rapped in
Son Dam-bi's song, "Bad Boy"

Kim Jung Ah (김정아)
Birth name: Kim Jung-Ah
Date of birth: August 2, 1983 (1983-08-02) (age 26)
Position: Main Vocalist
Other Works
In 2005 former member of girl group Kis-Five
Featured in Sunny Side's 아프죠 (Hurt) MV

Lee Jooyeon (이주연)
Birth name: Lee Joo-yeon
Date of birth: March 19, 1987 (1987-03-19) (age 22)
Position: Vocalist
Other Works
Had a small cameo role in
My Tutor Friend 2
Featured in
Tony An's Yutzpracachia music video
Featured in Sunny Side's 아프죠 (Hurt) MV
Featured in
Taegoon's music video for "속았다" ("Betrayed/Tricked")

Bekah (베카)
Birth name: Rebekah Kim
Date of Birth: August 11, 1989 (1989-08-11) (age 20)
Position: Rapper, Sub-Vocals
Born and raised in Hawaii
Graduated from
Moanalua High School
Featured in Tei's "Mr. Lonely" track from his mini-album 'The Shine 2009'.

Uee (유이)
Birth name: Kim Yoo-jin
Date of birth: April 9, 1988 (1988-04-09) (age 21)
Position: Vocalist
Other Works
Good Entertainment trainee, was set to debut in a group with Yubin of the Wonder Girls before transferring to current company
Starred in a documentary called Diary of Five Girls with Secret's Sunhwa and
Wonder Girls' Yubin
Featured in Mighty Mouth's "Love Class" along with
4minute's Hyuna
Starring in MBC's variety show
We Got Married with Park Jae Jung
Joined the market campaign for Korean Alcohol
Soju
Starring in SBS Drama "You're Beautiful" and MBC's Drama "
Queen Seondeok (TV series)"
Duet with
Junjin titled "His and Her Situation", also featuring Suk Hee
Took part in the project group "4Tomorrow" (along with
4minute's Hyuna, Kara's Seungyeon and Brown Eyed Girls' Ga in)

Raina (레이나)
Birth Name: Oh Hye Rin (오혜린)
Age: 20
Birth Year: 1989
Position: Rapper, 2nd Main Vocalist
Other Works:
Previously auditioned for Mnet’s SuperstarK

Nana (나나)
Birth Name: Im Jin Ah (임진아)
Age: 18
Birth Year: 1991
Height: 171cm
School: Jeongju Ochang High School
Position: Vocalist
Other Works:
2009 Asia Pacific Super Model Contestant


Former members
Yoo Soyoung
Birth name: Joo So-young
Date of Birth: March 29, 1986 (1986-03-29) (age 23)
Position: Vocalist
Other:
2005 75th Pageant Line Up
Featured in Sunny Side's 아프죠 (Hurt) MV
She officially graduated from the group on October 29, 2009 to focus on her health and education.

(Sumber dari : http://en.wikipedia.org/wiki/After_School_(band)

Lepas tengok MV AH korang nilai lah sendiri diorang macam mana.(tengok kat youtube) Tapi bagi aku lepas je aku tengok MV diorang sumpah aku terus jadi kipas susah mati diorang yang baru. Well aku bukan lesbo but i love the way they dance and their looks of course! Comel gila wehh! Ah~~ xD

p/s : Bagi sesiapa yang tak addict dengan korean band whatsoever ni mesti kata entri aku kali ni annoying gila. Ada aku kesah?? :D

Thursday, November 19, 2009

Bacalah kalau kau nak baca

Dah lama aku tak feed blog ni dengan entri. Reason = busy final project (accepted!)

Penat kau tau tak dengan final project yang tak habis habis. Dah muak aku pandang board board yang aku buat macam haram and at the same time banyak benda yang dah jadi. Malas nak cerita. Tak penting untuk orang tahu. Semua tu buat aku rasa sakit. Sakit sangat. Serius aku rasa macam nak give up. Aku rasa aku nak pergi jauh. Jauh dari semua ni.

Tapi aku tahu aku tak boleh nak emo. Kalau aku layan sangat perasaan ni confirm aku jatuh. Confirm aku dah jadi loser sekarang. Biar aku jatuh dengan usaha jangan aku jatuh tanpa usaha. Aku tak kan give up awal awal. Even banyak benda yang menyakitkan hati tapi aku tak kan jadikan itu alasan untuk aku jatuh. Aku tak kan biarkan benda benda ni jatuhkan aku. NEVER! Try if you dare.

Aku malas nak layan sangat semua benda ni. Aku tahu semua benda ni akan hilang one fine day and setiap yang jadi mesti ada hikmahnya. So, buat apa aku nak fikir menangis terguling guling padahal masa tu ada orang yang tengah gelakkan kau macam syaiton?

Wednesday, September 23, 2009

Hello Gorgeous !


Lihatlah betapa kacaknya si dia
23 September 2009




Lepas ni..



malam malamku akan dihiasi dengan nada nada yang indah



time bel akan tidak lagi menjadi seperti headbanger tanpa sebab



on the way pergi trip tidak perlu paksa diri mendengar lagu classic pak cik drebar



bila bosan saya ada tempat untuk bermanja



saya tidak perlu lagi menghabiskan bateri handphone memasang loud speaker



saya boleh mendengar lagu hindustan tanpa dibahan oleh sesiapa. HAHA. Ini bodoh.



saya boleh mencipta dunia saya sendiri tanpa mempedulikan keadaan sekeliling



tidak lagi takut untuk bersendirian kerana saya kini sudah mempunyai teman.




hey you, si OREN (bukan nama sebenar) !





WELCOME TO MY LIFE.
ini bukan lagu simple plan.


:)

Monday, September 21, 2009

I LOVE GAME !

Ok entri ni I cipta khas untuk die hard fan RPG ! Kepada yang tak berminat anda tak semestinya perlu tinggalkan blog yang indah ini dan berjoli di web lain. Eh, apa ni? Lupakan.. Haaa, apa kata anda tambahkan pengetahuan anda dengan mengenali apa tu RPG.


Apa itu RPG? RPG ialah nama singkatan bagi Roleplaying games. Kepada gamer sejati rasanya tak payah explain apa tu Roleplaying game tetapi bagi anda yang tak tahu dan rasa nak tahu apa kata anda pergi ke http://www.rpgfan.com/ . Cari definition, buat research. Jangan malas. *gaya dah macam lecturer. lepas ni maybe boleh terus isi borang? HEHE.


I tak tahu sejak bila I jatuh cinta dengan RPG. Maybe my brother suka sangat main game and I sebagai adik beliau telah terpengaruh dengan keghairahan beliau terhadap game. HAHA. wtf. Kebanyakan RPG game mempunyai graphic yang sangat comel dan cantik. Ini faktor yang paling kuat kenapa hati I hanya untuk RPG. HAHA.


Ok, RPG yang sangat popular of course Final Fantasy. But believe it, I tak pernah sentuh game famous ni except Final Fantasy Tactics untuk GBA punya. Eh, kira pernah la tu kan?? Tak sebenarnya. Watak dalam Final Fantasy untuk PS lain dengan Final Fantasy Tactics dekat GBA. So conclusionnya I masih lagi belum bermain game famous itu. Sebab tu malas nak cerita panjang panjang.


First RPG yang I main ialah DISGAEA. Game ni memang best sangat. I addict gila main game ni sampai I ingat satu hari tu bangun je dari tidur I terus pasang game ni. I bangun dalam pukul 9 pagi camtu then I main sampai pukul 6 petang. Gila kan? Makan mandi belakang cerita sembahyang diUTAMAkan. Then bila I tau no 2 punya dah keluar I punya gembira macam bila kucing kesayangan 4 tahun hilang tiba tiba muncul depan pintu rumah atau bila SPM target 5A result tiba tiba boleh dapat 10A atau atau bila presentation final project yang paling digeruni tiba tiba dibatalkan. *apahal semua nak tiba tiba . HAH! Gembira kan? Teruja kan? Yeahh, thats the spirit !


wahh sungguh bergaya title game ini

tengok graphic dia. comell kan? :)

Fyi, game ni sekarang dah ada sampai no3 punya. 1st and 2nd edition ada keluar dekat PS2 dengan PSP. Tapi no3 punya keluar dekat PS3 ! Graphic confirm lagi lawa sebab pakai sistem blueray tapi harga konsol sangatlah mahal di pasaran sebab tengah HOT dan harga beliau juga sangat mahal sampai mencecah beratus ringgit. I wont spending that much of my money just for one game even for my favourite game ! Damn it ! NAK MAINNN.. ToT Anak datuk, anak tan sri sila belikan konsol dan game ini untuk saya boleyy?? wtf.

Selain game ni banyak juga game RPG yang I dah main. Ni antara yang I memang suka. <3<3

PS2 , PSP

PS2 , PSP

GBA

PS2 ,PSP

PS2 ,PSP

Banyaklah lagi game yang I dah main. Tak perlu rasanya senaraikan semua sebab I rasa tak ramai pun yang nak tau. (--,") Tapi bagi sesiapa yang baru nak kenal dunia game I suggest kan anda main game camni sebab .. urm sebab.. game camni best dan, dan graphic dia sangat lawa ! Hah apa lagi jom kita serang kedai game ramai ramai. :)

P/S : Ada sesiapa yang dah main game yang I senarai kan ni?

Thursday, September 17, 2009

Bye Ramadhan and say hello to Syawal

Hey hey hey bertemu lagi kita dalam rancangan Ceria Gembira Bersama Fatin.
Haha. Make sure anda semua kena ceria dulu sebelum bersama saya atau sebelum bersama saya anda kena ceria dulu. xD

Sempena syawal yang bakal menjelang ni I nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua yang mengenali diri serba hina ini. Hehe. Gile down to earth.

Sedih pulak I rasa bila nak tinggalkan ramadhan. I rindu nak pergi bazar sama-sama dengan member. Then kat bazar if jumpa sesiapa yang kita kenal mesti kita nak tegur. Tak kesah la if just say hi or senyum je and yang paling kelakar kalau baru je jumpa kat kelas then bila jumpa balik kat bazar tegur macam dah sebulan tak jumpa. What theee..
xD
Dan yang paling PENTING ye, kat bazar juga adalah salah satu tempat untuk bermain mata. Haa ini true story. Jangan kata korang tak pernah buat. JUJUR LAA.
Dah macam tempat cari jodoh. Sambil menyelam minum air. HAHA.

Then yang paling I rindu sekali time buat kerja kat dm damar. Bayangkan kitorang stay sana dari lepas habis terawih dalam pukul 930 malam sampai pukul 5 pagi. 2 minggu berturut-turut. Sampai orang-orang yang datang kat dm tu I dah hafal. Pukul berapa diorang selalu datang, baju apa diorang selalu pakai, makanan apa yang diorang selalu beli, meja mana diorang selalu duduk.. HAHA ok ok nampak sangat menipu. Takde la sampai macam tu sekali. Tu nama nye datang bukan nak buat kerja tapi nak men'usha'. Takde maknanya..

Tapi kan ramai-ramai orang kat sana ada sorang yang memang I perasan. Bukan I je tapi member2 I jugak. HAHA. Sumpah lawak. Maybe cara beliau dress up membuatkan beliau menjadi FOCAL POINT. Yeah sangat menguja kan. (Apa tu menguja kan?????) Paling teruja tengok dia I dengan Nayema. Hot gila guy tu and we called him "ABANG GAGAH"! Sebab beliau nampak sangat gagah time tu. Dah la hot gagah pula. Jom kapel! HAHAHA. Ok ok jangan lebih lebih nanti kontroversi.

Then lagi satu yang I tak boleh lupa bila ada sorang pak guard ni datang. Around 3 oclock. Boleh tak dia datang semata-mata nak halau kitorang yang mempunyai niat suci murni nak siapkan assignment yang cam syaiton punya banyak??!! Pak guard dah la engkau tak bagi kitorang stay studio sampai subuh tak kan lah nak halau kitorang yang ada kat dm ni pulak. Kata dm bukak sampai pukul 4. Whats the problem?? Nak tahu tak apa alasan beliau? Sebab kat situ tempat makan and bukan tempat buat kerja. Ok anda yang baca sekarang ni mesti back up pak guard hensem tu kan?? Now, tengok alasan yang I bagi kenapa kitorang buat kerja kat dm.


1. Kerja grouping. Ramai group member duduk damar.

2. Meja dm besar. Bayangkan board kitorang kertas a1 (landscape) kali 3.

3. Of course kalau buat kerja kat studio boleh sampai pukul 11 je. Paling ganas pun pukul 12. Apa sangat la kitorang boleh buat kalau start kerja pun dah nak dekat pukul 10?

4. Sambil buat kerja boleh sahur sekali.

5. Buat kat dm best sebab tak mengantuk (pendapat sendiri).

(tolong lah faham mr.pak guard sayangggg.)

Ok disebabkan kitorang dah stay up sampai subuh then pukul 8 nanti ada kelas, of course dalam kelas akan mengantuk gila vavi punye. Lagi lagi kalau kelas bel. Sumpah I cakap seksa gila. Nak tahan ngantuk, nak dengar dia mengajar. Sampai one day tu I kena "GO WASH YOUR FACE". Ayat berhantu daripada beliau. Kawan I yang sorang ni lagi hebat. Tak cukup dengan "GO WASH YOUR FACE", dapat pulak "GO BACK TO YOUR HOSTEL". HAHAHA. Sumpah lawak! I time tu faker habis. Buat buat dengar padahal kepala pening macam haram. SABAR fatin. Masih ada 2 jam 58 minit lagi kelas beliau nak habis. Bladihellllllll.

Now, I dah sampai rumah. Tu yang tak menyempat nak update blog segala. Of course balik rumah sebab cuti raya ! Dah nak raya rupanya. Busy gila sampai ramadhan dah nak habis pon I tak sedar. Btw SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada anda yang sudi baca blog ni. Terharunya I. Ada juga yang sudi baca blog busan ni. :')

Thursday, August 27, 2009

Jom Camping

FYI : entri ni ber'color' atas permintaan ramai. Ceh takde ahh. (--,") *angah, ini untuk kau ! HAHA. Oh ya, kata ganti nama ditukar agar lebih 'mesra pelanggan'.. wthello.
......
Tunggu apa lagi? Sila lah baca.
Sumpah I cakap camping masa tu memang macam HARAM! Dah la I first time pergi camping then dapat pulak camping dekat tempat macam tu. Ok I bukan apa, tempat dia best especiall y air sungai. Sumpah best. Tapi kemudahan kat sana macam nak kena maki (ok da maki pun). I tak nak cakap tempat tu kat mana sebab maybe akan menjatuhkan saham tempat tu. HAHA. So I just kata ‘tempat tu’. Yang dah tahu extra marks untuk anda. :)
Kisah I kat sana maybe boleh masuk progam BERSAMAMU if I rakam macam mana sengsaranya I kat sana. 3 hari macam 3 dekad. 1 hari macam 1 tahun. 1 jam macam 1 hari. 1 minit macam 1 jam. 1 saat macam ok ok dahh. Gila over. Tapi memang macam tu la I rasa! NAK BALIK NAK BALIK NAK BALIK NAK BALIK!!! HAHA. Mengada syee-al! Nak nampak lagi sengasara I nak bagitahu yang I masa tu tengah ‘lampu merah’ (sila jangan jadikan ini sebagai isu). SECOND DAY! I repeat, SECOND DAY. Hellooooooooo heavy kot time tu! Sumpah rasa cam haram. Haishh fatin sabar, sabar. Ada hikmah yang menyorok. Cuba engkau cari betul-betul. (T.T)
1st day kat sana dah terasa bahang sangat. Bukan bahang anugerah era ke, konsert jom heboh segala, tapi bahang panas yang teramat. Nasib baik I bawa SITI dengan TM. Korang memang roxx. HAHA. Ok hari ni ada induction part 1. Yang paling tak boleh blah apasal kitorang kena sekali?? Ish memang tak patut. I dah lah tak nak basah-basah. Faham-faham je la kan. Sebab at last I tetap basah so I pergi mandi masa tengah hari. Memang tak selesa.Sampai je kat tandas.. Ok, tandas kau tak payah ‘bersih’ gila. Sabar fatin sabarr. Lepas mandi ada aktiviti lagi. Tapi sebab tandas yang 'sangat bersih' I decide tak nak pergi mandi I just nak tukar apa yang patut je. Time tu da pukul 7 petang, tandas kat situ pulak takde lampu! Wth??????????? Memang mencabar kesabaran aku. SABAR SABAR SABAR SABAR. Apa yang I basuh pun I tak nampak. YES, sabun je semuaaaaaaaaa. Lagi sekali, SABAR.
2nd day! Time ni memang sadis. Ok aktiviti hari ni memang best. Progam bersama mentor-mentee segala. Boleh layan laa. Sampai petang I pergi join member-member mandi sungai. Dah sampai sana tak mandi sungai mana boleh. Jumpa sungai pun berapa kali seumur hidup. Rugi woO. HEHE. Tengok tu, over over. Ok jangan fikir jauh. I just basuh muka dan shampoo rambut sahaja okayyy. Jangan nak mengada berendam kalau dah tak layak.Then baju I of course basah.Dalam hati kata ‘takpe baju lain ada lagi.’ Bertuahnya engkau..
Ku sangkakan panas sampai ke petang rupanya hujan di malam hari. Wth. Perosak bahasa. Ngahngah. xD Fineee hujan. Semuanya kehendak yang Maha Esa yang mahu menguji kesabaran hamba-hambanya. Tapi kenapa mesti kita? Sebab kita yang TERPILIH. Ingat ni, Allah tak akan turunkan ujian dekat kita kalau Dia tahu kita tak boleh hadapi. So, fikir positif. Now I just nak cerita keadaan kat sana je.. HEHE. Ok disebabkan I ‘lampu merah’ so I just duduk je dalam khemah time maghrib. Tengah borak-borak sambil mengeringkan rambut tiba-tiba hujan. Mula-mula malu-malu juga hujan tu turun. Lama-lama dah macam shower level 5. Lebat gila. 1st time camping baru I tahu yang khemah tu boleh pulak ter’kondensasi’ kan. Cklasdnfibcodisvfhj. Habis basah tempat tidur. Dah la duduk dalam gelap. At the same time I teringat khemah kita orang yang lagi satu tu rasanya tak zip lagi. Aduhhhhhhhh. Dah la beg segala ada kat situ. Then member I pergi la zip kan khemah tu. Maybe dia tak masuk dalam khemah tu so dia tak tahu apa jadi. Time I nak bersiap pergi ‘dewan’ tengok cerita Laskar Pelangi, I masuk khemah tu nak ambil baju sekali tak payah BANJIR. Ionwevcfcuwebu.
Ohh tuhan je yang tahu macam mana perasaan I bila tengok air bertakung dalam khemah. Beg semua basah. Baju dalam beg tak payah cerita laa. Confirm basah! Nasib baju yang I nak pakai time tu tak basah sangat. So, cepat-cepat I selamat kan. Habis salin baju, I pergi dekat khemah lagi satu nak pakai selendang. Even nak pergi khemah depan pun I boleh pakai rain coat. Boleh you all bayangkan tak macam mana lebatnya hujan tu. Time I tengah pakai selendang dalam cahaya malap lampu suluh canggih gila, dan dan je lampu suluh tu boleh terpadam. Bagus! Engkau memang paling canggih encik lampu suluh. Time ni nak habis bateri. Ksnmcksndvsdknvs. Hujan lebat, khemah ter’kondensasi, air dalam khemah bertakung, beg semua basah, lampu suluh habis bateri. Bertuah tak bertuah la time tu. Wehh, kalau semua benda dah basah esok pagi nak pakai baju apa?? Dah la ada PROFESSIONAL TALK whatsoever. Wtfish. Next morning, yea I pakai baju basah-basah. So what??
Oh, before I cerita pasal hari ketiga I terlupa nak bagitahu mana I tidur lepas khemah I dilanda banjir kilat. (Tak nak tahu boleh pergi ke perenggan seterusnya) My lecturer suggest tidur kat dewan or surau. Of course I pilih surau. Lagi privacy. Tak payah nak cari pasal tayang muka kat dewan tu tanpa sebab. HAHA. Sebab sibuk sangat uruskan khemah, I dengan member I dapat tidur hujung sekali berlapik kan alas meja. Alas meja ke tu. I’m not sure tapi sangat nipis. Same je macam tidur atas lantai. SABAR. Sebab terlampau nipis, member I letak rain coat kat bawah then baru la letak ‘alas meja’ tu. Gila sadis. SABAR lagi. Nasib baik I bawa ‘anyaw’. At least ada lapik kepala. Cehh dah habis bertuahlah ada lapik kepala?????
3rd day. Sumpah gembira gila. "yea yea balik uitm!" (sejak bila sayang uitm ni??) Hari ni ada professional talk. Bersedia untuk tidur semua. Gila bosan. Tapi sebab I duduk depan terpaksa fake kan muka konon itulah talk paling best di dunia. Sabar, sabar. Lagi berapa jam nak balik uitm. Habis professional talk I ingat dah boleh balik sekali ada lagi aktiviti. Alaa join je la. Yang terakhir kott. Tapi time tu best jugak even kena kutip sampah segala. Eiyuuuu. HAHA. Gila gedik. Then masa tunggu bas sampai ada pakcik ais krim tengah meniaga. Sumpah jutawan segera pakcik tu bila semua orang pergi serbu aiskrim beliau. Sorang beli kadang-kadang sampai dua. Pakcik kayo! HAHA. xD
Sekarang I dah tak feel nak pergi camping lagi satu. Dah la sekarang kaki I start gatal-gatal. Tak tau kenapa. Tapi I dapat tahu ramai juga yang kena. Pelik. Tak kesah la. Sebabkan I dah rasa susah sangat kat sana, bila I balik uitm, if I kena hujan or panas I dah tak kesah sangat sebab I tahu ada keadaan lagi teruk dari tu. So, BERSYUKURLAH.
P/S : I ada suka someone time tu. Konon tu la semangat I. HAHA. whatever.. (wajib bold dan color harus striking agar you all take note (**,) )

Thursday, July 30, 2009

DESIOMAN

DESIOMAN? Apa tu? Jenama kasut setaraf Nine West atau jenama baju keluaran terbaru setaraf Loius Vuitton? Bukan bukan. Ia lebih hebat daripada tu. HAHA. DESIOMAN ni sebenarnya nama clique yang bakal mengegarkan seluruh dunia dengan aura yang tak berapa nak power. wth. Ok desioman (font tukar kecik sebab tak nak berlagak dengan font besar.) ada 5 member je. Bukan 9 macam girl generation (gee gee gee baby baby baby) mahupun super junior (syorry syorry syorry) tapi kami juga bukanlah group seperti wonder girl ( i want nobody nobody but chu!) yang tahu menyanyi dan berdansa. HAHA ok ok jangan klik butang merah di sebelah kanan anda. Teruskan membaca untuk menjaga hati saya. What the.. Ok sampai mana tadi? Haa ok ada 5 member dan the leader adalah Fatin Aqilah! Macam kenal nama tu. Mesti kiut budak ni. Leader kott. Jangan main main. Ni mesti bagus, gemilang, terbilang. Tengok nama dia pun dah sangat indah. Apa yang nak hairan sangat.

Manusia A : "Aku suka budak tu" (penuh mengharap)
Manusia B : "Eh, aku pun suka!"(sangat teruja)
Manusia C : "Jom lah kita berkawan dengan dia!!"(lebih teruja daripada sangat teruja)

HAHA. Ok ok. Jangan maki aku. Lagi sekali, jangan klik butang merah. Teruskan pengembaraan anda. Masih jauh perjalanan. Ada 12 stage lagi nak lawan big boss. SUDAH FATIN JANGAN BANYAK MENCARUT. Ok sambung balik. I'm not the leader pun. Act takde leader pun sebenarnya. Its just for suka suka. Nama pun dah bespren so, nak nampak lebih kebesprenan wujudlah nama clique kami, DESIOMAN. Eh tadi bukan kata nak bagitahu nama member member ke? Sabar ye pembaca sekalian. Introduction tak habis lagi. Nama pencipta sebenar desioman tak dapat dikenal pasti (perkara ini telah dirujuk dengan Pika. Siapa Pika? Ok nanti kita berkenalan.) Macam mana nak sebut desioman? Sebut je la macam biasa. The Siuman. Easy ha?
"Ok next question pleaseee. Oh di sana yang pakai baju merah tudung biru spek macam harry potter silakan dengan soalan panas anda."
"Since bila desioman ni ditubuhkan?"
"Desioman ni mula ditubuhkan masa kelas studio PART 2 ganti waktu malam tengah hujan lebat dan semuanya macam orang batak (maaf bahasa sedikit kasar) tengok hujan yang sangat lebat sambil menjerit bahasa yang tak difahami dan salah seorang dari kami mengatakan 'heyy memang tak siuman budak budak ni'. Dari situ mulanya kami cipta nama itu."
Ok tamat rancangan BERSAMAKU.

Oraitt sekaranglah tibalah masa yang dinanti-nantikan oleh para pembaca. Eh jangan tolak tolak, baca ikut turn yee (bajet macam ramai la yang baca blog ni?? wth.) Sekarang saya nak memperkenalkan VVIP desioman :


Nama : Fatin Aqilah Bt. Abd. Jalil (fatenn)

Characteristics : comel, baik, cemerlang, terpuji, rajin (HAHA suka hati aku laa)

fatenn : "ada aku kesah?" (semua orang akan sayang saya bila saya cakap benda ni)


Nama : Nur Shahrina Bt. Md Puzi (eyna)

Characteristics : paling lucu (ami cakap), paling gila, suka melatah sebut bahasa rahsia, PALING RAJIN (apasal ina semua ada PALING????)

eyna : "apechalehxlasvksvjbvzm!" (bahasa rahsia. tanya eyna kalau nak tau)


Nama : Ain Syafikah Bt. Mohd Zaini (ain ke pika ke same je..)

Characteristics : gila, bajet lembut, gelak gedik (HAHA), driver :)

pika : "saya paling lembut antara semua" (statement~)



Nama : Shariffah Naemah Idid (nayema)

Characteristics : pendiam (dia bukan pendiam tapi dia malas nak cakap), suka tidur, pandai lukis.

nayema : "heii.. heiii, heiiiiiiii!" (dia suka jerit benda ni. jangan tanya kenapa)


Nama : Ami Zizaieleen Bt. Jamil (yemmi)

Characteristics : gelak macam setan, cepat touching, KUAT MAKAN, dia macam lelaki (bak kata pika)

ami : "aku kan JANTAN" (husihh sangat kontroversi)

Yeahh inilah kami. Cuba kira. Cukup 5 kan? Yaa semua sekali 5 orang. Tak kurang tak lebih. Dah berkenalan? Baguss. Semua ni ahli tetap club tak rasmi ni. Jangan cuba mendaftar kerana tiada kaunter pendaftaran (soalan : ada ke yang nak mendaftar? jawapan : ...), dan jangan cuba mengutuk kerana setiap manusia yang tercipta tak semuanya sempurna. Ok ok saya tau ramai yang dah tau. Saja nak ingat kan sebab tak semua orang suka kat kita. Macam kita, tak semua orang kita suka. Just be yourself okeyy? Again, thnks sebab spend masa emas anda untuk membaca blog bosan ini. Saya SUKA. :')

Wednesday, July 29, 2009

Its my 1st time writing a blog! Yay!

Yay! Macam tajuk di atas akhirnya saya sedang menulis blog dan blog ini dinamakan Fatin Aqilah. Oh my, so sweet. Nama sendiri sememangnya indah. Lebih indah bila dia dijadikan sebagai nama blog. HAHA. wtf. OK, truly saya sangat GEMBIRA (font wajib besar) sebab akhirnya impian nak buat blog tercapai juga. (apasal ayat macam susah sangat nak buat blog padahal sign up dan anda terus boleh berblogging). Nama pun 1st time mesti entri sangat bosan, dull and of course syok sendiri. Tapi jika anda terus support blog ini mesti dia akan membesar dengan gagah dan gemilang. Urm, banyak benda nak cerita but as the beginning ini kira ok laa. :) Exited buat blog tapi 99% CONFIRM tak sampai 10 orang yang akan baca blog ni. Never mind lah. Oh ya, thanks kepada sesiapa yang sudi membaca entri ini. :') Yeah, it's quite boring baca benda yang saya bebel but saya SUKA bila anda baca benda bosan ni. Tepuk tepuk sebagai penghargaan. OK stop membebel. Ada banyak assigment nak kena buat. Sumpah malas! Tapi nak kena buat juga kalau nak DEKAN. wtf. OK bye bye for now. :)