Wednesday, September 23, 2009

Hello Gorgeous !


Lihatlah betapa kacaknya si dia
23 September 2009




Lepas ni..



malam malamku akan dihiasi dengan nada nada yang indah



time bel akan tidak lagi menjadi seperti headbanger tanpa sebab



on the way pergi trip tidak perlu paksa diri mendengar lagu classic pak cik drebar



bila bosan saya ada tempat untuk bermanja



saya tidak perlu lagi menghabiskan bateri handphone memasang loud speaker



saya boleh mendengar lagu hindustan tanpa dibahan oleh sesiapa. HAHA. Ini bodoh.



saya boleh mencipta dunia saya sendiri tanpa mempedulikan keadaan sekeliling



tidak lagi takut untuk bersendirian kerana saya kini sudah mempunyai teman.




hey you, si OREN (bukan nama sebenar) !





WELCOME TO MY LIFE.
ini bukan lagu simple plan.


:)

Monday, September 21, 2009

I LOVE GAME !

Ok entri ni I cipta khas untuk die hard fan RPG ! Kepada yang tak berminat anda tak semestinya perlu tinggalkan blog yang indah ini dan berjoli di web lain. Eh, apa ni? Lupakan.. Haaa, apa kata anda tambahkan pengetahuan anda dengan mengenali apa tu RPG.


Apa itu RPG? RPG ialah nama singkatan bagi Roleplaying games. Kepada gamer sejati rasanya tak payah explain apa tu Roleplaying game tetapi bagi anda yang tak tahu dan rasa nak tahu apa kata anda pergi ke http://www.rpgfan.com/ . Cari definition, buat research. Jangan malas. *gaya dah macam lecturer. lepas ni maybe boleh terus isi borang? HEHE.


I tak tahu sejak bila I jatuh cinta dengan RPG. Maybe my brother suka sangat main game and I sebagai adik beliau telah terpengaruh dengan keghairahan beliau terhadap game. HAHA. wtf. Kebanyakan RPG game mempunyai graphic yang sangat comel dan cantik. Ini faktor yang paling kuat kenapa hati I hanya untuk RPG. HAHA.


Ok, RPG yang sangat popular of course Final Fantasy. But believe it, I tak pernah sentuh game famous ni except Final Fantasy Tactics untuk GBA punya. Eh, kira pernah la tu kan?? Tak sebenarnya. Watak dalam Final Fantasy untuk PS lain dengan Final Fantasy Tactics dekat GBA. So conclusionnya I masih lagi belum bermain game famous itu. Sebab tu malas nak cerita panjang panjang.


First RPG yang I main ialah DISGAEA. Game ni memang best sangat. I addict gila main game ni sampai I ingat satu hari tu bangun je dari tidur I terus pasang game ni. I bangun dalam pukul 9 pagi camtu then I main sampai pukul 6 petang. Gila kan? Makan mandi belakang cerita sembahyang diUTAMAkan. Then bila I tau no 2 punya dah keluar I punya gembira macam bila kucing kesayangan 4 tahun hilang tiba tiba muncul depan pintu rumah atau bila SPM target 5A result tiba tiba boleh dapat 10A atau atau bila presentation final project yang paling digeruni tiba tiba dibatalkan. *apahal semua nak tiba tiba . HAH! Gembira kan? Teruja kan? Yeahh, thats the spirit !


wahh sungguh bergaya title game ini

tengok graphic dia. comell kan? :)

Fyi, game ni sekarang dah ada sampai no3 punya. 1st and 2nd edition ada keluar dekat PS2 dengan PSP. Tapi no3 punya keluar dekat PS3 ! Graphic confirm lagi lawa sebab pakai sistem blueray tapi harga konsol sangatlah mahal di pasaran sebab tengah HOT dan harga beliau juga sangat mahal sampai mencecah beratus ringgit. I wont spending that much of my money just for one game even for my favourite game ! Damn it ! NAK MAINNN.. ToT Anak datuk, anak tan sri sila belikan konsol dan game ini untuk saya boleyy?? wtf.

Selain game ni banyak juga game RPG yang I dah main. Ni antara yang I memang suka. <3<3

PS2 , PSP

PS2 , PSP

GBA

PS2 ,PSP

PS2 ,PSP

Banyaklah lagi game yang I dah main. Tak perlu rasanya senaraikan semua sebab I rasa tak ramai pun yang nak tau. (--,") Tapi bagi sesiapa yang baru nak kenal dunia game I suggest kan anda main game camni sebab .. urm sebab.. game camni best dan, dan graphic dia sangat lawa ! Hah apa lagi jom kita serang kedai game ramai ramai. :)

P/S : Ada sesiapa yang dah main game yang I senarai kan ni?

Thursday, September 17, 2009

Bye Ramadhan and say hello to Syawal

Hey hey hey bertemu lagi kita dalam rancangan Ceria Gembira Bersama Fatin.
Haha. Make sure anda semua kena ceria dulu sebelum bersama saya atau sebelum bersama saya anda kena ceria dulu. xD

Sempena syawal yang bakal menjelang ni I nak minta maaf dari hujung rambut sampai hujung kaki kepada semua yang mengenali diri serba hina ini. Hehe. Gile down to earth.

Sedih pulak I rasa bila nak tinggalkan ramadhan. I rindu nak pergi bazar sama-sama dengan member. Then kat bazar if jumpa sesiapa yang kita kenal mesti kita nak tegur. Tak kesah la if just say hi or senyum je and yang paling kelakar kalau baru je jumpa kat kelas then bila jumpa balik kat bazar tegur macam dah sebulan tak jumpa. What theee..
xD
Dan yang paling PENTING ye, kat bazar juga adalah salah satu tempat untuk bermain mata. Haa ini true story. Jangan kata korang tak pernah buat. JUJUR LAA.
Dah macam tempat cari jodoh. Sambil menyelam minum air. HAHA.

Then yang paling I rindu sekali time buat kerja kat dm damar. Bayangkan kitorang stay sana dari lepas habis terawih dalam pukul 930 malam sampai pukul 5 pagi. 2 minggu berturut-turut. Sampai orang-orang yang datang kat dm tu I dah hafal. Pukul berapa diorang selalu datang, baju apa diorang selalu pakai, makanan apa yang diorang selalu beli, meja mana diorang selalu duduk.. HAHA ok ok nampak sangat menipu. Takde la sampai macam tu sekali. Tu nama nye datang bukan nak buat kerja tapi nak men'usha'. Takde maknanya..

Tapi kan ramai-ramai orang kat sana ada sorang yang memang I perasan. Bukan I je tapi member2 I jugak. HAHA. Sumpah lawak. Maybe cara beliau dress up membuatkan beliau menjadi FOCAL POINT. Yeah sangat menguja kan. (Apa tu menguja kan?????) Paling teruja tengok dia I dengan Nayema. Hot gila guy tu and we called him "ABANG GAGAH"! Sebab beliau nampak sangat gagah time tu. Dah la hot gagah pula. Jom kapel! HAHAHA. Ok ok jangan lebih lebih nanti kontroversi.

Then lagi satu yang I tak boleh lupa bila ada sorang pak guard ni datang. Around 3 oclock. Boleh tak dia datang semata-mata nak halau kitorang yang mempunyai niat suci murni nak siapkan assignment yang cam syaiton punya banyak??!! Pak guard dah la engkau tak bagi kitorang stay studio sampai subuh tak kan lah nak halau kitorang yang ada kat dm ni pulak. Kata dm bukak sampai pukul 4. Whats the problem?? Nak tahu tak apa alasan beliau? Sebab kat situ tempat makan and bukan tempat buat kerja. Ok anda yang baca sekarang ni mesti back up pak guard hensem tu kan?? Now, tengok alasan yang I bagi kenapa kitorang buat kerja kat dm.


1. Kerja grouping. Ramai group member duduk damar.

2. Meja dm besar. Bayangkan board kitorang kertas a1 (landscape) kali 3.

3. Of course kalau buat kerja kat studio boleh sampai pukul 11 je. Paling ganas pun pukul 12. Apa sangat la kitorang boleh buat kalau start kerja pun dah nak dekat pukul 10?

4. Sambil buat kerja boleh sahur sekali.

5. Buat kat dm best sebab tak mengantuk (pendapat sendiri).

(tolong lah faham mr.pak guard sayangggg.)

Ok disebabkan kitorang dah stay up sampai subuh then pukul 8 nanti ada kelas, of course dalam kelas akan mengantuk gila vavi punye. Lagi lagi kalau kelas bel. Sumpah I cakap seksa gila. Nak tahan ngantuk, nak dengar dia mengajar. Sampai one day tu I kena "GO WASH YOUR FACE". Ayat berhantu daripada beliau. Kawan I yang sorang ni lagi hebat. Tak cukup dengan "GO WASH YOUR FACE", dapat pulak "GO BACK TO YOUR HOSTEL". HAHAHA. Sumpah lawak! I time tu faker habis. Buat buat dengar padahal kepala pening macam haram. SABAR fatin. Masih ada 2 jam 58 minit lagi kelas beliau nak habis. Bladihellllllll.

Now, I dah sampai rumah. Tu yang tak menyempat nak update blog segala. Of course balik rumah sebab cuti raya ! Dah nak raya rupanya. Busy gila sampai ramadhan dah nak habis pon I tak sedar. Btw SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR BATIN kepada anda yang sudi baca blog ni. Terharunya I. Ada juga yang sudi baca blog busan ni. :')