Wednesday, February 17, 2010

You. I. Tea. Am.

Arghhhhhhh.
Ceh apahal nak start entri dengan menjerit-jerit ni.
Hehe. Saje..
Sigh.

Sebenarnya aku pun tak tahu nak tulis apa ni. Urmm.. (ok tak payah la nak tulis 'urmm' konon macam tengah berfikir. Annoying.)

Oh lupa do. Tajuk entri aku kan 'You.I.Tea.Am.' Bajet comel ah eja UiTM macam tu?? (-.-")

Tak ramai yang tahu Fatin Aqilah kini sudah bertukar dari UiTM Perak ke UiTM Shah Alam. Aku still warga UiTM. Target degree nak pergi German. Acecehh hebat impian? Takpe ah. UiTM ok whatt. Tempat orang melayu berkumpul. Semua melayu. Pak guard melayu, mak cik cleaner melayu, student ofkos melayu. Memang 1 Malaysia. Takpe. Aku suka. (^.^)v Lagi senang nak cari jodoh. Haha tiba tiba.

Perbezaan life aku kat UiTM Perak dengan UiTM Shah Alam sangat banyak. Sampai rasa macam WAJIB senaraikan di blog ni. Heh.

1. Tempat makan. Ceh mula mula dah cerita pasal makan. Dulu kat Perak apa apahal mesti uptown. Uptown seperti nadi aku. Takde uptown kebulur la aku walaupun ada Dewan Makan, Food Court whatsoever aku tak kira nak uptown gak! So uptown ko memang UP la wa cakap lu.
Tapi di Shah Alam... Asal lunch mesti pergi ke Pak Li, Hakim, Khulafa, Barra bla bla bla. Habis la duit aku bhai. Mana tak cepat habis duit, dulu aku beli air lobak susu RM1.50 je kat uptown sekarang RM3.50 kat Pak Li. Siott. Bak balik RM2.00!!! T____T

2. Kolej. Dulu kat Perak memang macam palat aku kumpul stiker/kupon sebab nak duduk kolej sekali sekarang aku kat Shah Alam pula. Durrr. Belum lagi cerita time aku part2 aku CONFIRM tak dapat kolej sebab aku telah melakukan jenayah yang paling besar iaitu scan stiker. Padahal aku yang baik ni scan satu je dah kena tatatertib, kawan kawan aku yang.. ok malas ah nak cerita. Macam haram do time tu. Sekarang kat Shah Alam aku duduk kolej MAWAR. Kalau dulu kat Perak aku ada masalah dengan pihak pengurusan Cempaka Sari now aku bergaduh pula dengan Pak Guard di Mawar! HAHA. Korang jangan pikir aku pergi tomoi pak guard tu, aku tak sehebat tu ahh. xD. Forget about pak guard jap, jom fokus kat kolej mawar. Dulu aku duduk satu bilik 3 orang. Tak sempit ahh. SUKAAA. Tapi sekarang satu bilik 2 orang. Luas dan selesa. Boleh berjoget arab di situ. Tapi (tapi lagi..) selesa memang selesa, duit aku pun selesa je dia terbang.Kena bayar duduk mawar sebab facilities kat sini hebat. Aku nak pergi bilik naik lif jee. Tangga? Apa tu tangga? HAHA. Tandas dia bukan pakai pipe biasa. Pakai pipe yang tekan pastu keluar air. Faham? Apa apa je la. Aku malas nak explain. Dalam bilik air ada tempat penyangkut. Tak payah sangkut baju kat atas pintu bilik air dah. Pastu kat mawar juga ada rak kasut terapung. Ceh macam hebat je bunyi. Hehehe. Tapi (lagi-lagi tapi..) kelemahan duduk sini, dia jauh dengan fakulti aku. T___T. Tiap tiap pagi aku kena bergusti untuk naik bas. Macam harammm.

3. Roommate. Ofkos rumet Perak lagi best bhai! Rindu korang. NOOR SYAFIRA AIN ILIAS. Datin gedik. HAHAHA. Jangan marah.(^^)v dan dan dan ZAIRAH RIDWAN. Cikgu english aku! Heheehe. Korang memang best even kita selalu gaduh tapi tu yang best pun kan. Korang je yang memang paham aku. Sayanggg korang ah. <3<3


4. Pak guard. Pak guard kat sini hensem hot dan MUDA. Hahaha. Damn jangan kata aku usha pak guard do. Dulu masa aku masih lagi newbie di sini aku dah berkenalan dengan 7 orang pak guard yang hensem hot dan muda (pehal nak ulang ulang ayat ni?). Bayangkan betapa terujanya aku masa tu. Siot ah korang tahan tahan aku pukul 3 pagi. Memang kasi panas laa. Pak guard perak pulak saman saman orang macam nak menang award Pak Guard Paling Digeruni. wth.


5. Student. Dulu kat Perak aku boleh kata setiap kos mesti ada sorang member aku. Beramah mesra bertepuk tampar di uptown. Mesra habis ahh. Tapi kat sini muka semua stok degree. Hahaha. Semua tua tua. Aku tak kenal siapa melainkan budak kos aku je. Beramah mesra hanya tinggal kenangan.


6. Lecturer. Lecturer aku kat Perak semua start hanya dengan Puan, Encik, dan Cik. Aku dengar kos lain ada yang prof, dr and watsoever. Apakah semua ni? Tapi datang Shah Alam boleh kata kebanyakannya Prof dan Dr. Oh, rupa rupanya semua Prof, Dr berkumpul di Shah Alam. Durr.


7. Assignment. Perghh ni ada beza ke weh Perak, Shah Alam? Adaaa.. Bagi aku setakat ni kat Shah Alam macam lagi senang sikit dari kat Perak dulu. Well, benda ada lagi 5 sem kat sini. Aku tak berani cakap apa ah. Lepas ni aku satu batch dengan budak part 6 diploma. Sigh. Habislah aku.. T_____T.


8.LADS dan SOLAR. Mula mula aku ingat Solar tak kan sebest Lads. Tapi sekarang aku suka dua dua. Hehe..


9. FSPU. Fspu sini atas bukit. Jangan teruja lagi sebab kau kena mendaki 145 tangga untuk sampai ke studio. Dulu masa kat Perak kau bising bising sebab kena turun tangga tiba tiba kena naik balik. Paham tak apa aku cerita? Kau budak fspu wajib paham. Pastu datang sini lagi ganas tangga dia. Ambek kau! Hahahaha.


So, korang nampak perbezaannya? Nampak? Dah nampak bagus. Tak nampak korang boleh gali dan cari. wth. Ok bye.

No comments:

Post a Comment